
Meta kini dalam senyap telah membangunkan sebuah robot prototaip berbentuk manusia, dengan fokus untuk membantu manusia dalam melakukan tugasan di rumah. Robot berkenaan dibangunkan dengan kerjasama sebuah syarikat robotik di China, dan ia dikenali dengan nama “Max” buat masa ini.

Menguasakan robot ini adalah cip NVIDIA Jetson Thor, dan pada masa yang sama menggunakan model kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh Meta. Pihak Meta masih belum memperlihatkan rekaan robot ini kepada umum, dan menariknya, prototaip robot kedua kini sudah dalam pembangunan, dinamakan Max 2.
Meta sebelum ini sedia dilaporkan merancang untuk pembangunan robot, dan telah pun mengambil-alih syarikat robotik dalam membantu usaha mereka. Buat masa ini, tiada sebarang perancangan yang diumumkan secara rasminya, dan mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengannya tidak lama lagi.

