Meta Superintelligence Labs Dipecahkan dan Jumlah Pekerja Mungkin Dikurangkan

TechnologyBusiness & Finance
20 Aug 2025 • 8:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta Superintelligence Labs (MSL) baru sahaja dilancarkan hampir dua bulan yang lalu dengan ia akan menjadi makmal Meta menghasilkan kecerdasan am (AGI). MSL bermula garang dengan Meta menawarkan ganjaran ratusan juta kepada kakitangan syarikat pesaing untuk berpindah. Pagi ini MSL telah dipecahkan menjadi empat kumpulan berbeza dan jumlah kakitangan pula akan dikurangkan menurut laporan New York Times.

image is not available

MSL dipecahkan kepada kumpulan pembangunan kepintaran super, kumpulan produk AI, kumpulan projek infrastruktur dan perkakasan dan kumpulan penyelidikan AI. Meta turut bercadang mengurangkan kakitangan pembangunan AI tetapi keputusan masih belum diambil pada ketika ini.

Pengurangan mungkin diambil selepas Meta melakukan perbelanjaan besar menarik bakat AI sehingga merisaukan pelabur. Kerisauan ini wujud kerana sebelum ini Meta membelanjakan puluhan bilion untuk membina dunia metamesta Horizon Worlds tetapi kesemuanya lebur selepas ia gagal menarik minat pengguna dan jualan set kepala masih lagi mengecewakan.

Penstrukturan semula dilakukan selepas pengasas OpenAI, Sam Altman mengatakan pasaran AI pada waktu ini berada di dalam gelembung. Jika gelembung meletup seperti dot.com di awal milenium, ia akan menyebabkan kerugian yang besar.