Meta usah bacul, jadi perkakas zionis - Anwar

LocalPolitics
1 Aug 2024 • 10:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menegaskan tindakan Meta itu sebagai biadab dan menghina perjuangan rakyat Palestin.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berang dengan tindakan penyedia platform media sosial, Meta yang sekali lagi bertindak menurunkan hantarannya berkaitan kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menegaskan tindakan Meta itu sebagai biadab dan menghina perjuangan rakyat Palestin.

"Adalah tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

"Peringatan tegas saya terhadap Meta, usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!" tegas beliau.

Sebelum ini, hantaran Anwar di Instagram mengenai pertemuan dengan Ismail, 61, di Qatar, Mei lalu turun diturunkan Meta pada Selasa.

Justeru, kerajaan menuntut penjelasan dan permohonan maaf daripada syarikat tersebut.