MetMalaysia: Amaran hujan berterusan

21 Jan 2023 • 4:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2 petang, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan akan melanda Kel antan dan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga esok.

Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan keadaan cuaca sama sehingga 25 Jan bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, dan Marudi), serta di Sabah (Tambunan, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat) pada 23 Jan hingga 25 Jan. -Bernama