MetMalaysia keluar amaran cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan

LocalEnvironment
7 May 2026 • 9:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MetMalaysia keluar amaran cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan
MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Jeli di Kelantan dan Jerantut di Pahang manakala di Sabah melibatkan Telupid. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi dua lokasi di Semenanjung melibatkan Kelantan dan Pahang serta satu kawasan di Sabah.

Kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Jeli di Kelantan dan Jerantut di Pahang manakala di Sabah melibatkan Telupid.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved