
METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Tujuh Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri pada petang ini hingga 7 malam.
Dalam kenyataan tersebut, negeri-negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.
“Di Perak, kawasan yang terlibat termasuk daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Manakala di Kelantan adalah di kawasan Jeli dan Tanah Merah.
“Bagi Pahang, empat daerah dijangka mengalami cuaca buruk iaitu Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh.
“Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan termasuk Jasin di Melaka tidak terkecuali dalam amaran yang dikeluarkan ini.
“Di sebelah Selatan Semenanjung (Johor) pula, lima daerah diramal mengalami cuaca buruk iaitu Tangkak, Muar, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru,” kata MET Malaysia.
Sementara itu, MET Malaysia turut mengeluarkan amaran terhadap negeri Sabah di kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=938887891614859&id=100064809693702&rdid=Gu0R1Kq0LZoKtGVq
Sumber: Fb Jabatan Meteorologi Malaysia
The post METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Tujuh Negeri appeared first on Siakap Keli.



