RXZ Members 6.0 Diteruskan, Ini Tindakan Polis!

LocalCars
10 Sep 2024 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Program RXZ Members 6.0 akan diteruskan di Gong Badak, Kuala Nerus, di Terengganu pada 13 dan 14 September ini.

Sebaliknya, polis memberi amaran bahawa pihaknya akan meningkatkan sekatan jalan raya untuk memastikan peserta mematuhi undang-undang pada sepanjang program berlangsung.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin mengesahkan perkara itu.

image is not available

“SJR akan ditingkatkan di kawasan panas (hotspot) yang dikenal pasti dan tindakan saman serta sita kenderaan boleh diambil jika ada peserta didapati melanggar peraturan ditetapkan.

“Selain itu, pihak berkuasa juga boleh membatalkan permit penganjuran jika terlalu banyak aduan atau memperketatkan syarat agar penganjur terikat peraturan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya

Difahamkan, lebih 80,000 peminat motosikal dijangka hadir pada program berkenaan.

Jadi, seramai 151 pegawai dan anggota polis serta JPJ akan bertugas bagi mengawal aliran trafik.