MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Pagi Ini

LocalEnvironment
15 Sep 2024 • 8:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Pagi Ini

Beberapa daerah di lima negeri dan tiga Wilayah Persekutuan dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca berkenaan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Labuan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan kawasan yang terlibat di Perak adalah Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Pahang pula yang terlibat dengan amaran tersebut adalah di Bentong sahaja sementara Selangor pula membabitkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Selain itu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat dengan amaran tersebut adalah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu),” katanya dalam kenyataan itu.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=941600134676968&set=a.228291302674525