MetMalaysia Keluar Nasihat, Taufan Bavi Hampiri Sandakan

LocalEnvironment
9 Jul 2026 • 1:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke tenggara Taipei, Taiwan.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan, taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.3 darjah Utara dan longitud 130.0 darjah Timur.

Menurut kenyataan itu, ribut berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum direkodkan mencecah 185 km/j.

Image from: MetMalaysia Keluar Nasihat, Taufan Bavi Hampiri Sandakan

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan, jarak ribut tropika itu dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,896 km ke timur laut Sandakan, Sabah.Image from: MetMalaysia Keluar Nasihat, Taufan Bavi Hampiri Sandakan

Bagaimanapun, agensi berkenaan menjelaskan bahawa sistem ribut berkenaan tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia buat masa ini.

Orang ramai disaran terus mengikuti perkembangan terkini berkaitan keadaan cuaca menerusi saluran rasmi MetMalaysia bagi menghadapi sebarang perubahan keadaan atmosfera.

Sumber: METMalaysia

The post MetMalaysia Keluar Nasihat, Taufan Bavi Hampiri Sandakan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved