MetMalaysia keluar nasihat Taufan Bavi

LocalEnvironment
9 Jul 2026 • 12:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MetMalaysia keluar nasihat Taufan Bavi

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Bavi yang dikesan berada pada kira-kira 1,896 kilometer (km) di timur laut Sandakan, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan taufan itu kini berada pada kedudukan kira-kira 1,151 km di tenggara Taipei, Taiwan.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, taufan itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) dan berpotensi mencapai kelajuan maksimum 185 km/j.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan taufan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved