MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Satu Negeri

LocalEnvironment
22 Nov 2025 • 4:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Satu Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan tahap waspada melibatkan enam negeri bermula hari ini.

Tahap Buruk

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk di keluarkan di Kelantan sehingga 24 November ini.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) sehingga Isnin, 24 November 2025,” maklum kenyataan itu.

Tahap Waspada

Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada di keluarkan terhadap keseluruhan negeri di Perlis, Kedah Pulau Pinang, beberapa daerah Perak, Kelantan Terengganu.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri seluruh kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (merangkumi daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) sehingga Isnin, 24 November 2025.

“Manakala di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) selain seluruh negeri Terengganu sehingga Rabu, 26 November 2025,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid025qgbrJQAZp1CzGCtdskMiF1V1yG8cEFQuG8Pb15KKmazrYdGWx1VHf689Y48CBUjl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

The post MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Satu Negeri appeared first on Siakap Keli.