MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 11:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empay negeri hingga 26 Oktober (esok).

Amaran Hujan Berterusan

Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kedah, Perak dan seluruh negeri Perlis serta Pulau Pinang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.

"Manakala di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

"Selain di Perak termasuk Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved