Hujan berterusan, 9 kawasan di Langkawi dinaiki air

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 8:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan berterusan, 9 kawasan di Langkawi dinaiki air

LANGKAWI – Hujan berterusan sejak pukul 3 pagi tadi menyebabkan sembilan kawasan di pulau ini dinaiki air.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Kenyum, Kampung Bohor Berendam, Pasar Awam Padang Matsirat, Kampung Tua Jalan Tanjung Rhu, Kampung Bohor, Telaga Ayer Hangat, Kampung Atas, Kampung Bohor Masjid dan Kampung Lubok Setol.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Mejar (PA) Khairul Afzan Md. Yasin berkata, beberapa kawasan dinaiki air sehingga paras lutut atau kira-kira 0.4 meter.

“Setakat ini keadaan masih terkawal walaupun air belum menunjukkan tanda untuk surut, tetapi diharapkan ada perubahan menjelang malam ini.

“Tiada PPS (pusat pemindahan sementara) yang dibuka setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau kawasan berisiko bagi memastikan keadaan semasa terkawal. – KOSMO! ONLINE

The post Hujan berterusan, 9 kawasan di Langkawi dinaiki air appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved