METMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri

LocalEnvironment
29 Oct 2024 • 10:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

METMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 12 tengah hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Menurut METMalaysia, keseluruhan kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka diramal dilanda cuaca buruk itu.

“Di Perak, daerah yang diramal adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Manakala di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

“Sementara itu, hanya daerah Port Dickson, Negeri Sembilan yang diramal dilanda hujan lebat.

“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.