MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Tropika 

LocalEnvironment
27 Nov 2025 • 9:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Tropika 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika (SENYAR) yang dikesan pada jam 5 pagi ini di latitud 3.6 darjah Utara dan longitud 99.9 darjah Timur kira-kira 133 kilometer (km) ke Timur Laut Medan, Indonesia.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan 24 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum mencapai 56 km/j.

Jarak ribut tropika dari bandar terdekat adalah kira-kira 102 kilometer (km) ke Barat Daya Lumut, Perak.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.,” maklum kenyataan itu.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0ptmykw9nCtcg1AU92ziaJCYqZKGFLoWo5DW2xbcLy9iSLpFFK73hcwESHVD7x6tul

Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri

Dalam pada itu, jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di kebanyakan negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga 29 November (Sabtu) ini.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kedah (Kulim, dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Camero, Lipis, Raub dan Bentong), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Kelantan, Pahang (Jerantut,Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak dan Segamat).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid034GGyardF8RUE8MxkW83B15y2SCrFp8XpSPeABvAMEqX6sRAwxbMr5LjosoZJTcPYl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (1), (2)

The post MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Tropika  appeared first on Siakap Keli.