METMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Nokaen

LocalEnvironment
19 Jan 2026 • 10:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

METMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Nokaen

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat ribut tropika Nokaen yang dikesan di latitud 16.6 utara dan longitud 126.5 timur, kira-kira 479 kilometer (km) di timur laut Naga City, Filipina.

Kenyataan MetMalaysia hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi, ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Ribut itu berada kira-kira 1,502 km di timur laut Pitas, Sabah dan tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia.

The post METMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Nokaen appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved