MetMalaysia Ramal Ribut Petir, Hujan Di Seluruh Negara Petang Ini

7 Oct 2022 • 1:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sediakan payung anda petang ini

MetMalaysia Ramal Ribut Petir, Hujan Di Seluruh Negara Petang Ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) ramal akan berlaku ribut petir dan hujan di hampir seluruh nagara petang ini.

Mengikut maklumat MetMalaysia, ribut petir diramal berlaku kira-kira petang ini di satu ke dua lokasi di Kapit, Miri dan Limbang selain beberapa lokasi di Labuan, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah.

Namun, hanya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu diramal cuaca cerah petang ini.

image is not available
MetMalaysia Ramal Ribut Petir, Hujan Di Seluruh Negara Petang Ini

Ribut petir dan hujan

Di Semenanjung Malaysia pula, beberapa lokasi diramal berlaku ribut petir seperti di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor petang ini.

Di pedalaman Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut diramal mengalami ribut petir, manakala hujan dijangka melanda pedalaman Perak dalam masa yang sama.

Selain itu, beberapa lokasi diramal berlaku ribut petir melanda Terengganu, selain Kelantan, Pahang manakala hujan pula di beberapa tempat di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Perlis, Kedah dan Perak malam ini.

image is not available
Ribut petir dan hujan lebat.

Lagi cerita menarik di sini: