MetMalaysia: Siren amaran tsunami berbunyi dikhuatiri masalah teknikal

4 Nov 2023 • 10:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KOTA KINABALU, 4 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan tidak mengeluarkan sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini susulan kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kota Belud, Sabah yang berbunyi awal pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kejadian siren SAATNM di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah, Kota Belud, yang berbunyi dikhuatiri kerana masalah teknikal.

“… tindakan sewajarnya sedang diambil. MetMalaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul ekoran kejadian ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami menerusi laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta hotline 1-300-221638.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved