Siren Amaran Tsunami Di Kota Belud Adalah Palsu

4 Nov 2023 • 11:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Amaran Tsunami Palsu di Kota Belud Disebabkan Masalah Teknikal

Siren Amaran Tsunami Di Kota Belud Adalah Palsu. Siren amaran tsunami yang didengar di Kota Belud, Sabah awal pagi Sabtu (4 Nov) adalah amaran palsu, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ia berkata siren yang berbunyi di Sistem Amaran Awal Tsunami Kebangsaan yang dipasang di kawasan masjid Imam Hj Mustapah disebabkan oleh masalah teknikal kerana jabatan itu tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

image is not available
Sumber: sonitrol

MetMalaysia minta maaf atas siren amaran tersebut

“MetMalaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang disebabkan oleh insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Maklumat mengenai gempa bumi dan tsunami boleh diperolehi dari laman web Jabatan Meteorologi di www.met.gov.my atau aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau talian panas di 1-300-22-1638,” tambahnya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/muncul-ikan-naga-laut-petanda-bakal-ada-tsunami-dan-gempa-bumi-hanyalah-mitos-ini-kajian-penyelidik/

https://www.iloveborneo.my/jangan-panik-metmalaysia-uji-siren-amaran-tsunami-di-kota-kinabalu-esok/