MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami esok

21 Apr 2025 • 5:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 9 pagi hingga 12 tengah hari esok.

MetMalaysia dalam hantaran di platform X memaklumkan langkah itu bertujuan menguji sistem siren tsunami baharu bagi Site Acceptance Test (SAT) di lokasi berkenaan.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan tidak panik dengan bunyi siren berkenaan kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved