Mforce Raih Dua Anugerah Antarabangsa di EICMA 2025, Buktikan Dominasi Jenama SYM di Malaysia

LocalCars
6 Nov 2025 • 11:04 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

ITALI, 6 NOVEMBER 2025 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., iaitu pengedar rasmi motosikal jenama SYM di Malaysia, sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai penerima dua anugerah utama di pameran motosikal paling berprestij dunia, EICMA 2025 yang berlangsung di Milan. Dua pengiktirafan yang diterima ialah “2025 Best Seller” dan “2025 ADXTG Best Seller”, meletakkan syarikat itu sebaris dengan pengedar-pengedar terbaik dunia.

image is not available

Jenama SYM dari Taiwan sememangnya terkenal di Asia sebagai pengeluar motosikal yang berdaya saing, berkualiti tinggi dan dipercayai ramai. Dengan penguasaan hampir 40% dalam pasaran domestik Taiwan, SYM membuktikan kekuatan produknya dalam memenuhi pelbagai gaya penggunaan, dari mobiliti harian hingga tunggangan rekreasi.

Kejayaan Mforce menerima pengiktirafan antarabangsa ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai tulang belakang perkembangan jenama SYM di Malaysia. Melalui rangkaian pengedaran yang meluas, strategi pemasaran yang efektif dan sokongan selepas jualan yang konsisten, Mforce terus mengekalkan momentum sebagai pengedar motosikal paling berpengaruh di pasaran tempatan.

Menurut Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., pencapaian ini tidak akan tercapai tanpa komitmen teguh pasukan, rakan pengedar dan sokongan pelanggan setia di seluruh negara.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan kepercayaan kepada motosikal SYM. Sebagai pengedar rasmi, kami akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan demi memastikan pengalaman pemilikan yang terbaik,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan komitmen Mforce untuk memperkukuh sokongan pelanggan melalui dua fokus utama:

Pengembangan konsep “Mforce Premium Outlet” bagi menawarkan pengalaman pembelian dan servis yang lebih eksklusif. Pembesaran serta penambahbaikan rangkaian pusat servis untuk memastikan akses lebih mudah dan servis lebih efisien di seluruh negara.

Dengan langkah strategik ini, Mforce dijangka terus memperkukuh kedudukan SYM dalam pasaran Malaysia sambil meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut pada masa hadapan.

The post Mforce Raih Dua Anugerah Antarabangsa di EICMA 2025, Buktikan Dominasi Jenama SYM di Malaysia appeared first on TW Media.