Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025

LocalCars
6 Nov 2025 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV, yang diubah menjadi ‘kanvas’ curahan hasil seni yang unik. Pameran ini berlangsung pada 1 hingga 2 November lalu di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC).

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ketiga-tiga model yang dipamerkan ini menampilkan rekaan visual tersendiri yang mencerminkan tema dinamik LahLahLand 2025 serta menyatukan SUV premium ini dengan aura kreatif festival.

Jaecoo J5: Sesi Pratonton Umum Kedua Sebelum Kemunculan Rasmi 

Festival LahLahLand 2025 turut menjadi pentas tontonan umum kedua bagi Jaecoo J5. SUV segmen B ini dijadualkan untuk membuat kemunculan rasminya di pasaran Malaysia pada suku pertama tahun 2026 akan datang.

image is not available

Dari segi mekanikal, J5 dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter 4 silinder turbo yang mampu menghasilkan output 147 PS dan tork 210 Nm. Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik CVT yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan (FWD).

Antara ciri menarik pada J5 ialah skrin infotainment bersaiz besar 13.2 inci resolusi 2K, kluster instrumen digital dan pakej ADAS Tahap 2 dengan fungsi penting seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

Mobiliti Sebagai Identiti Gaya Hidup

image is not available

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Meng Li Bo, berkata, “Kerjasama Omoda | Jaecoo dengan LahLahLand adalah perayaan keperibadian dan pergerakan. Kedua-dua jenama berkongsi kepercayaan dalam ekspresi diri kreatif dan momentum ke hadapan, nilai yang selari dengan generasi pengguna baharu di seluruh Malaysia yang melihat mobiliti bukan sekadar pengangkutan, tetapi sebagai sebahagian daripada identiti gaya hidup mereka.”

image is not available

Sementara itu, Pengasas LahLahLand, Bryan Chin, turut menyambut baik kolaborasi tersebut, menyatakan bahawa jenama Omoda | Jaecoo menjangkau lebih daripada sekadar kenderaan, tetapi melambangkan gaya, potensi dan keperibadian belia yang bersesuaian dengan pengunjung festival.

image is not availableimage is not available

Jaecoo J5 kini telah dibuka untuk tempahan awal di Malaysia, dengan anggaran harga bermula dari RM120,000. Model ini dijangka akan memberikan saingan sengit kepada model-model lain dalam segmen SUV B tempatan sebaik dilancarkan tahun hadapan.

Baca: Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi