MForce Rasmi Buka MForce Smart Shop Baharu di Kamunting, Taiping

LocalCars
21 Jun 2026 • 11:35 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: MForce Rasmi Buka MForce Smart Shop Baharu di Kamunting, Taiping

MForce telah merasmikan pembukaan cawangan baharu MForce Smart Shop di Kamunting, Taiping, Perak, sekali gus memperkukuhkan lagi rangkaian pengedarnya dalam memberikan perkhidmatan yang lebih dekat kepada pelanggan dan peminat motosikal di wilayah utara.

Majlis tersebut turut menyaksikan perasmian rasmi Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd sebagai pengendali MForce Smart Shop, selain dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang berjaya menarik kehadiran pengunjung, ahli kelab motosikal serta rakan-rakan media dari seluruh negara.

Antara acara utama yang berlangsung termasuk pelancaran model motosikal baharu, sesi cabutan bertuah khas untuk pengunjung, serta peluang untuk orang ramai menyertai sesi tunggang uji (test ride) bagi merasai sendiri prestasi jentera yang ditawarkan.

Selain itu, pengunjung turut menikmati pelbagai promosi istimewa dan tawaran eksklusif sempena pembukaan cawangan baharu ini, menjadikan acara tersebut sebagai platform terbaik untuk mendekatkan jenama MForce dengan komuniti peminat motosikal tempatan.

Pembukaan MForce Smart Shop di Kamunting diharap dapat terus memperkukuh kehadiran jenama itu di Malaysia serta menawarkan pengalaman pembelian dan perkhidmatan selepas jualan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan.

The post MForce Rasmi Buka MForce Smart Shop Baharu di Kamunting, Taiping appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved