Mforce Smartshop Kedai Motor Yoon Loi Rasmi Dibuka di Perak, WMOTO Griffin 205 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

LocalCars
19 Jul 2026 • 12:59 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Mforce Smartshop Kedai Motor Yoon Loi Rasmi Dibuka di Perak, WMOTO Griffin 205 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan rangkaian pengedarnya di Malaysia menerusi pembukaan rasmi Mforce Smartshop Kedai Motor Yoon Loi di Pusing, Perak, sekali gus memudahkan pelanggan di kawasan utara mendapatkan jualan, servis serta alat ganti tulen di bawah satu bumbung.

Majlis pembukaan cawangan baharu itu turut menjadi platform kepada pelancaran rasmi WMOTO Griffin 205 untuk pasaran Malaysia, selepas model tersebut membuat penampilan sulung ketika Malaysia Bike Show (Mforce MotoXperience 2026) pada Mei lalu.

Ditawarkan pada harga RM8,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans, WMOTO Griffin 205 hadir dalam empat pilihan warna iaitu Glacier Grey, Action Blue, Xtreme White dan Nitro Red, dengan rekaan crossover sporty yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun tunggangan jarak sederhana.

Dari aspek prestasi, Griffin 205 dikuasakan enjin 198cc silinder tunggal, penyejukan cecair yang menghasilkan 14.5 kW pada 8,250 rpm dan 17.5 Nm pada 6,500 rpm, dipadankan dengan transmisi CVT automatik serta sistem suntikan bahan api elektronik (EFI).

Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk ABS dua saluran, Traction Control System (TCS) yang boleh diaktifkan atau dimatikan, paparan TFT, sambungan Carbit Ride, kamera hadapan yang menyokong aplikasi Road Cam, lampu LED penuh serta port pengecas USB Type-A dan Type-C.

Setiap pembelian WMOTO Griffin 205 turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (mana yang terdahulu), selain kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian menerusi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

The post Mforce Smartshop Kedai Motor Yoon Loi Rasmi Dibuka di Perak, WMOTO Griffin 205 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved