MG4 EV 2026 Didedahkan Di China – Pilihan Bateri Separa Pepejal

TechnologyCars
2 Sep 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

MG secara rasmi mendedahkan MG4 EV serba baharu bagi model tahun 2026 di acara automotif Chengdu Auto Show 2025, yang kini sedang berlangsung di China. Model elektrik kompak ini hadir dalam lima varian, dalam lingkungan harga antara RMB68,800 (~RM44,600) hingga RMB102,800 (~RM66,800).

Apa yang menarik mengenai model baharu ini adalah penggunaan teknologi bateri separa pepejal lithium-ion pada varian Anxin Edition. Bateri canggih yang dibangunkan syarikat bersama Suzhou QingTao Power Technology ini menggantikan bateri lithium iron phosphate (LFP) yang digunakan pada varian MG4 kepada bateri lithium-ion berasaskan mangan. Bagaimanapun, kapasiti dan jarak pemanduan rasminya masih belum didedahkan.

Platform Elektrik SAIC E3

image is not availableimage is not available

MG4 menggunakan platform elektrik SAIC E3 yang mampu mengecas bateri dari 30% hingga 80% dalam masa hanya 20 minit. Motor tunggal yang dipasang di hadapan menghasilkan kuasa 120 kW (161 hp) dan tork 250 Nm, dengan kelajuan maksimum 160 km/j.

Dua pilihan bateri LFP disediakan iaitu 42.8 kWj dengan jarak 437 km dan bateri 53.9 kWj dengan jarak 530 km (berdasarkan CLTC).

Reka Bentuk Moden

image is not available

image is not availableimage is not available

Dari segi ukuran, MG4 mempunyai panjang 4,395 mm, lebar 1,842 mm dan tinggi 1,551 mm dengan jarak roda 2,750 mm. Dalam aspek rekaan, MG4 hadir dengan lampu projektor lebih tajam, gril bermotifkan sarang lebah, logo MG yang menyala serta komponen ambilan udara sisi yang aerodinamik. Pada bahagian belakang, aura moden terserlah dengan jalur lampu yang melintang berkelebaran penuh diinspirasikan daripada model Cyberster. Dari tepi, rim yang ditawarkan adalah rim aloi sama ada dalam saiz 16 atau 17 inci.

Kabin Yang Canggih

image is not available

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ruang kabin MG4 menyerlahkan aura moden dengan pelbagai teknologi dan warna tema cerah. Antara yang disediakan ialah kluster instrumen digital kompak dengan skrin infotainmen kawalan sentuhan, dikuasakan oleh cip Snapdragon 8155 dan sistem MG x OPPO Smart Connectivity. Varian lebih tinggi dipasangkan dengan stereng dua jejari dan penukar gear pada rod stereng.

Sistem Bantuan Pemandu Termaju

Varian tertinggi dilengkapi sistem bantuan pemandu komprehensif yang termasuk 12 radar ultrasonik, kamera pelbagai sudut pandangan dan cip Horizon Journey J6e. Ciri keselamatan adalah termasuk navigasi automatik pada kelajuan tinggi, pertukaran lorong automatik, kawalan lorong dan parkir pintar.

Persaingan Sengit Pasaran EV Kompak China

image is not available

Dengan harga bermula di bawah RMB70,000 (~RM45,400), MG4 merupakan antara EV kompak paling mampu milik di China serta pesaing kepada model popular seperti Geely Xingyuan (Proton e.MAS 5).

Di pasaran tersebut, pembeli terawal ditawarkan subsidi terhad berjumlah RMB3,000 (~RM1,490), termasuk pelbagai insentif lain bernilai sehingga RMB27,000 (~RM17,600), termasuk penggantian bateri, kredit pengecasan percuma, pakej pembiayaan dan jaminan lanjutan.