Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

LocalCars
1 Sep 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kalau anda masih ingat, semasa perarakan Hari Kemerdekaan tahun lalu, Proton telah memperkenalkan elektrik (EV) e.MAS 7 kepada umum dalam pelekat badan patriotik. ‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.

Seperti sebelum ini, e.MAS 5 juga diperlihatkan dalam corak kamuflaj yang bertermakan warna bendera Malaysia di Perarakan Hari Kebangsaan yang ke-68. Model e.MAS 5 ini turut diiringi oleh 12 unit e.MAS 7 yang dipandu pemilik menunjukkan bahawa EV semakin diterima ramai di Malaysia. Jika 2024 adalah tahun untuk membina kesedaran, tahun 2025 boleh dilihat sebagai tahun untuk membina momentum pertumbuhan EV di negara ini.

image is not available

e.MAS 5 merupakan model elektrik pertama Proton yang sebaik dilancarkan kelak, adalah EV paling mampu milik yang ditawarkan Proton, dengan jangkaan harga di bawah RM80,000. Dengan saiz kompak tetapi ruang kabin yang luas, ia menggabungkan aspek praktikaliti dan kemudahan untuk pemanduan dalam bandar, selain diselitkan pelbagai ciri keselamatan yang canggih dan teknologi moden, menjadikannya salah satu model yang paling versatil di pasaran.

image is not available

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, “Lebih daripada sekadar kereta baharu, e.MAS 5 merupakan janji bahawa elektrifikasi adalah untuk semua rakyat Malaysia.”

Beliau juga menegaskan bahawa e.MAS 7 telah membuktikan kesediaan negara ke arah mobiliti lestari dan kini e.MAS 5 akan meningkatkan lagi ketercapaian EV di negara ini.

Penampilan e.MAS 5 semasa acara merdeka semalam bukan sekadar upacara simbolik. Seperti e.MAS 7 yang dilihat sebagai lambang kemajuan, e.MAS 5 mewakili langkah seterusnya dalam membawa kenderaan elektrik ke tahap penggunaan luas dalam masyarakat.