MG5 Dilancar: Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM93,900

LocalCars
3 Oct 2024 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasminya model terbaharunya, MG5 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

MG5 Fastback hadir dalam satu varian dan merupakan unit yang diimport dari Thailand dijual pada harga RM93,900 namun harga itu tidak termasuk insurans.

image is not available

Bagaimanapun, SAIC Motor Malaysia ada menawarkan rebat sebanyak RM7,000 dan ini menjadikannya harganya cuma RM86,900.

MG5 membuat kemunculan berani dalam kategori sedan segmen B dikatakan antara model terpanjang dan terluas.

Dari segi dimensi, MG5 berukuran 4,675 mm panjang, 1,842 mm lebar, 1,480 mm tinggi manakala jarak roda pula 2,680 mm.

Selain itu, MG5 disumbat dengan enjin 1.5 liter yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 114 hp dan tork 150Nm.

Enjinnya digandingkan dengan kotak gear CVT lapan-kelajuan.

Dari segi prestasi, MG5 dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 11.5 saat, manakala purata penggunaan minyaknya pula didakwa 17.5 KM/liter (5.7 liter/100 KM).

image is not availableimage is not available

Menjengah bahagian luarannya, jentera ini sememangnya cukup sporty apatah lagi ia menampilkan profil fastback yang cukup macho selain lengkap dengan spoiler “ducktail”.

Pada bahagian hadapannya, ia hadir dengan gril hadapan jenis 3D, dan menampilkan bumbung matahari berkuasa, dimana ciri bumbungnya sebenarnya menonjolkan tarikan sportynya.

image is not availableimage is not available

Tidak ketinggalan, ia hadir dengan lampu depan jenis LED automatik, manakala oda aloi pula adalah Tomahawk bersaiz. 17 inci,

Di dalam pula, ia menawarkan kabin yang cukup moden dan luas dimana terdapat instrumen kluster digital bersaiz 7 inci, sistem infotainmen terapung 10.25 inci yang hadir dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto dan enam pembesar suara.

image is not available

Tidak ketinggalan tempat duduknya dibaluti dengan material kulit jenis mewah dengan aksen merah dimana ia menambahkan lagi sentuhan,.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, tempat duduk pemandunya boleh dilaraskan secara elektrik kepada 6 hala.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya, MG5 dilengkapi dengan suite MG PILOT, termasuk Pengesanan Titik Buta, Amaran Perlanggaran Hadapan, Bantuan Tukar Lorong, Amaran Perlanggaran Belakang, Amaran Keluar Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif, Kawalan Brek Selekoh, Brek Anti-Kunci, Bantuan Daki Bukit, Bantuan Trafik Sesak (Traffic Jam Assist) dan Amaran Trafik Lintas Belakang, 6 beg udara SRS dan kamera 360 darjah.

image is not availableimage is not available

Apa yang cukup menarik ialah MG5 hadir dengan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan untuk kenderaan, bersama waranti berasingan untuk unit rangkaian kuasa (enjin dan transmisi) selama tujuh-tahun tanpa had perbatuan.

Bagi yang berminat, MG5 hadir dengan lima pilihan warna: Nuclear Yellow, Artic , Pearl, Camden & Dynamic .