MGA NJDP bawa pulang dua gelaran dari Hainan

23 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

MGA NJDP bawa pulang dua gelaran dari Hainan

Program Pembangunan Junior Kebangsaan, Persatuan Golf Malaysia (MGA NJDP), mencatat membanggakan apabila dua pemainnya, Andrew Yap dan Amelia Lee, masing-masing muncul juara kategori lelaki AB dan kategori perempuan pada kejohanan Hainan International Championship 2026 di Mission Hills, Hainan, China.

Andrew Yap mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada kedudukan ke-10 selepas dua pusingan dengan catatan empat atas par dan ketinggalan lapan pukulan daripada pendahulu.

Dia menghasilkan pusingan akhir cemerlang dengan catatan empat bawah par (-4), sekali gus menamatkan kejohanan pada kedudukan keseluruhan par.

Andrew kemudiannya menewaskan pemain Korea, Lee Sol, menerusi play-off selepas mencatat birdie pada lubang pertama untuk merangkul kejuaraan kategori AB.

Dalam masa sama, Amelia Lee turut mempamerkan aksi cemerlang dengan menjuarai kategori perempuan selepas mengharungi saingan sengit daripada pemain Korea, Thailand dan China.

Memasuki pusingan akhir dengan berkongsi kedudukan pendahulu, Amelia menunjukkan ketenangan dan konsistensi untuk mengekalkan kelebihan sehingga ke penghujung permainan sebelum menamatkan dua lubang terakhir dengan catatan par bagi mengesahkan kemenangan.

 

Image from: MGA NJDP bawa pulang dua gelaran dari Hainan

 

Lantaran itu, Pengerusi NJDP-MGA, Mohd Fauzi Mesran, menyatakan rasa amat bangga dengan kejayaan Andrew Yap dan Amelia Lee yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Dia yakin bakat dan potensi kedua-dua pemain ini akan terus bersinar melalui latihan yang konsisten, disiplin serta pendedahan pertandingan di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, kejayaan ini juga diharapkan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain junior Malaysia yang lain untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan berani mengejar impian menjadi pemain golf berprestasi tinggi.

MGA NJDP akan terus komited dalam mengenal pasti dan membangunkan bakat-bakat muda negara berdasarkan merit, potensi dan disiplin bagi melahirkan lebih ramai pemain yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved