Mi Buatan Tangan Yang Enak Dan Istimewa, Jom Cuba Arki Sapi Di Sibu

7 Sep 2022 • 10:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selain mi kolok, mi sapi juga merupakan makanan ikonik yang cukup terkenal di Sarawak.

Mi Buatan Tangan Yang Enak Dan Istimewa, Jom Cuba Arki Sapi Di Sibu. Jika anda ingin mencari mi sapi yang menarik sekitar Sibu, mungkin restoran ini adalah jawapannya.

Mi sapi juga adalah satu makanan terbaik yang boleh anda makan terutamanya pada waktu hujan (kerana cuaca sejuk) bersama semangkuk mi sapi yang kick! Dengan sup yang panas dan beraroma, serta mi yang sedap, mi sapi boleh dikatakan salah satu comfort food terbaik!

image is not available
Sumber gambar: FB Wong Tong Wei

image is not available
Sumber gambar: FB Arki Sapi

Kedai ini juga muslim-friendly, ya!

Kepada penduduk di Sibu yang ingin mencuba kelazatan mi sapi yang istimewa dan juga muslim-friendly, anda boleh ke Arki Sapi yang terletak di Jalan Bukit Assek.

image is not available
Sumber gambar: FB Wong Tong Wei

Antara best seller di restoran ini adalah Arki Sapi noodles 3 in 1.  Kedai ini juga popular dengan mi sapi yang dihidangkan dengan mi buatan sendiri. Ini dengan sendirinya menjadikan restoran ini terkenal menghidangkan mi sedap!

Luaran biru tua sangat menarik perhatian, ia membuatkan orang tertarik pada pandangan pertama. Kedai tidak besar, tetapi ianya sangat tenang dan selesa. Selain makan di kedai, mereka juga menyediakan ruang terbuka di luar, anda boleh menjamu selera sambil menikmati angin.

Lokasi: S/L 25, no:1 GF, lorong bukit Assek 7, 96000, Sibu, Sarawak ( Bukit Assek area ,Arki Sapi )
No telefon: 010-977 9128
Waktu beroperasi: 8am – 4pm (Setiap hari)

image is not available
Sumber gambar: FB Wong Tong Wei

Selain mi kolok dan mi sapi, anda perlu cuba mi ikonik di Sri Aman iaitu mi sate. Baca artikel di bawah: