Mia Sara Kecewa Masih Ada Yang Tidak Percaya Dengan Penjelasan

EntertainmentLifestyle
19 Feb 2026 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Mia Sara sekali lagi tampil meluahkan rasa tidak puas hati selepas penjelasan yang dibuat berhubung kontroversi melibatkan dirinya dan Puteri Balqis didakwa masih tidak diterima segelintir pihak.

Menurut Mia Sara, walaupun fakta sudah dijelaskan, masih ada yang enggan berlapang dada malah memilih untuk menyerang secara peribadi di media sosial.

Mia Sara kesal perbincangan bertukar jadi serangan peribadi

image is not available

Bila dah kalah dengan fakta, mula lah kata tak nak dengar, body shaming dan sebagainya. Macam budak bila kalah perdebatan.- Katanya.

Mia Sara turut menegaskan bahawa tindakan bercakap dalam keadaan marah tidak akan menyelesaikan apa-apa, malah hanya menambah kekeliruan.

Bila kita terburu-buru untuk berkata dengan perasaan marah, yang keluar nanti caci maki sahaja. Bila kita tenang dan sabar, baru boleh berfikir secara rasional dan boleh jawab berasaskan fakta, bukan emosi.- Katanya.

Dakwaan buli disifatkan tidak benar

image is not available

Sebelum ini, Mia Sara menjelaskan bahawa dia hanya pernah bertemu Puteri Balqis sekali sahaja seumur hidup ketika berusia tujuh tahun.

Mia Sara juga menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah membuli atau memburukkan ibu kepada pelakon tersebut, sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak benar dan keterlaluan.

Kontroversi berkenaan mula menjadi perhatian ramai pada Januari lalu apabila Puteri Balqis menempelak Mia Sara di media sosial agar isu antara mereka diselesaikan.

image is not available

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat menghukum bila nampak sesuatu isu di media sosial. Kadang kadang cerita sebenar tak sama seperti yang kita sangka, jadi lebih baik dengar kedua dua pihak sebelum buat kesimpulan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Mia Sara Kecewa Masih Ada Yang Tidak Percaya Dengan Penjelasan appeared first on Oh! Media.