Mia Sara Mengelak, Belum Sedia Beri Komen Video Menari Tular Dikecam Hebat Di TikTok

Entertainment
16 Sep 2022 • 2:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mia Sara Nasuha (kiri) dikecam hebat kerana menari dengan berpakaian sendat di TikTok. - Gambar dari TikTok

Pelakon Mia Sara Nasuha belum bersedia ditemu ramah media ketika ditemui di acara Malaysia Boleh Bersama Milo hari ini.

Mia dijadualkan membuat penampilan khas di acara berkenaan dan dilihat bersama-sama menyanyikan lagu tema Kitalah Juara di pentas utama. 

Selesai persembahan, pelakon berusia 17 tahun yang terkenal dengan drama, Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris itu dilihat mengelak untuk ditemuramah pihak media. 

image is not available
Mia Sara Nasuha - Gambar dari TikTok

Menurut pihak pengurusan, Mia Sara belum bersedia bersemuka dengan media apalagi memberi komen mengenai kontroversi video tariannya yang dikecam hebat di TikTok.

Bagaimanapun, acara Malaysia Boleh Bersama Milo meriah dengan kehadiran selebriti lain seperti Ayda Hebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan. 

Kempen berkenaan dihadiri oleh 10,000 pengunjung di Dataran Merdeka sempena meraikan Hari Malaysia. 

Terdahulu, Mia Sara telah dikecam hebat oleh warganet apabila videonya mengenakan baju sedikit ketat sambil menari di TikTok menjadi tular. – Getaran, 16 September 2022