Mia teruskan legasi emas keluarga Ghazali

23 Aug 2026 • 10:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mia teruskan legasi emas keluarga Ghazali
Mia diumum sebagai pemenang acara muay thai wanita kategori 42-45kg pada SUKMA Selangor 2026. Foto FB Muaythai Malaysia
Image from: Mia teruskan legasi emas keluarga Ghazali
Mia (kanan) mengasak Damia Husna dalam pertarungan yang cukup sengit. Foto FB Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

PETINJU muda, Emylia Mia Ghazali melengkapkan koleksi emas keluarga Ghazali di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) selepas menjuarai acara muay thai wanita kategori 42-45 kilogram (kg) pada SUKMA Selangor 2026.

Mewakili Sarawak, Mia menewaskan wakil Johor, Damia Husna Azian, 34-33 dalam pertarungan sengit yang hanya dipisahkan satu mata.

Kedua-dua petarung saling berbalas serangan sepanjang pertarungan, namun Mia kekal tenang pada penghujung aksi untuk mempertahankan kelebihan sehingga kemenangan disahkan.

**media[3624104]**

Kejayaan itu meneruskan dominasi keluarga Ghazali dalam arena muay thai SUKMA selepas Elias Ghazali dan Johan ‘Jojo’ Ghazali masing-masing meraih emas pada edisi 2022.

Miki Ghazali kemudian menambah koleksi keluarga berkenaan dengan emas pada SUKMA 2024, sebelum Mia menyempurnakan pencapaian itu pada edisi kali ini.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan keempat-empat beradik Ghazali mempunyai koleksi emas SUKMA dalam sukan muay thai.

Lebih bermakna, perjalanan Mia kali ini turut mendapat sokongan Jojo dan Miki yang bertindak sebagai ‘cornerman’ sepanjang kesemua pertarungannya.

Sokongan dua abangnya itu membantu Mia mengekalkan fokus ketika berdepan tekanan dalam pertarungan penentuan, sekali gus memastikan legasi keluarga Ghazali terus bersinar di pentas SUKMA.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved