Michael Ang Tak Berniat Nak Halalkan Hutang - “Saya Dah Tunggu 9 Tahun, Pandai Pinjam, Pandailah Bayar!”

10 Aug 2025 • 1:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menegaskan dia tidak berniat untuk menghalalkan duit dipinjam seorang jurugaya yang didakwa lari dari membayar hutang tertunggak hampir sembilan tahun.
 

Tak halalkan hutang

Bagaimanapun kata Michael, walaupun dia sudah penat menunggu untuk hutang itu dibayar namun memilih untuk tidak terus memburukkan individu terbabit secara berlebihan.


 

“Saya sudah malas, saya tidak halalkan tapi bagi saya, kalau dia kata dia ada usaha nak bayar, saya tunggu sajalah. Sebab kalau saya paksa dan burukkan dia, tak guna juga.
 
“Saya sudah tunggu sembilan tahun, dia hutang saya sembilan tahun. Kalau saya nak bangkitkan hutang yang lain, ada artis lain, ada pengarah, tapi saya macam malas,” jelasnya.

 


Micheal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media drama ‘Kerana Seorang Lelaki’ yang diadakan di GSC Mytown, Kuala Lumpur baru-baru ini.


 

Buat pendedahan

 Mengulas lanjut mengenai penghutang itu, Michael berkata individu tersebut hanya mula menghubunginya selepas dia membuat pendedahan secara terbuka di media sosial.


 

“Lepas saya muat naik hantaran dia ada hubungi saya, sebelum itu tiada. Selepas saya post, tak sampai dua minit dia hubungi saya.

 


“Dia kata kenapa saya sanggup buat macam ini, saya sudah bagi amaran saya nak ‘post’ tapi dia tetap tak mahu hubungi saya sehingga saya ‘post’,” ujarnya.


 

Pandai pinjam pandai bayar

Tambah Michael, dia membuat keputusan untuk tidak mahu terus mengejar atau mengambil tindakan keras terhadap individu berkenaan kerana tahu situasi kewangan yang sedang dihadapinya.


 

“Kalau saya kejar dia pun saya tahu dia tiada duit, kalau saya suruh orang cari dia pun, tiada gunanya. 
 
“Saya tak mahu ia menjadi isu di kemudian hari. Jadi pandai pinjam, pandailah bayar,” tegasnya.

 


Terdahulu, Michael mendapat perhatian apabila memuat naik hantaran di media sosial mendedahkan sikap seorang jurugaya terkenal yang didakwa lari daripada membayar hutangnya.