
Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir netizen yang disifatkan terlalu negatif.
Menurut Michael, setiap perkara dilakukan oleh mereka yang bergelar anak seni pasti ada sahaja tidak kena di mata netizen.
“Bila wanita bertudung berlakon kau orang maki kaw kaw kalau terover sikit. Bila pelakon tu tak berlakon jual nasi ayam pun kau orang kutuk.
“Cakap orang tak laku lah dan macam macam lagi. Kau orang ni dah cukup bagus sangat ke? Dah confirm masuk syurga ke?” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.

