
Demam Michelin 12H Malaysia 2025 terus memuncak.
Selepas laporan kami pada hari Ahad mengenai tiket Hari Sabtu dan Dua Hari berserta akses Start Grid yang habis terjual, kini satu lagi perkembangan mengejutkan peminat Tiket Pengalaman VIP turut SOLD OUT semalam.
Permintaan luar biasa ini bukan sahaja membuktikan daya tarikan perlumbaan ketahanan 12 jam itu, tetapi juga hadir dengan “penangan” figura terkenal, Ajith Kumar, pelakon dan pelumba India yang mempunyai pengikut besar di seluruh Asia. Kehadirannya di Sepang tahun ini jelas menyumbang kepada lonjakan peminat yang mahu menyaksikan aksinya secara lebih dekat.
Walaupun tiket VIP sudah habis, Tiket Hari Jumaat serta beberapa kategori lain masih tersedia untuk peminat yang masih ingin merasai atmosfera perlumbaan antarabangsa ini.
Selain kehangatan peminat antarabangsa, sokongan terhadap pasukan Malaysia yang beraksi dalam Michelin 12H Malaysia 2025 turut semakin meningkat. Antara tumpuan utama ialah jentera GT3 #65 VIPER NIZA RACING yang dibarisi pelumba tempatan berpengalaman seperti Douglas Khoo, Melvin Moh dan Dominic Ang dengan jentera Mercedes-AMG GT3 EVO.
Gabungan ketiga-tiga pelumba ini sentiasa mendapat sokongan kuat peminat tempatan, yang mahu melihat wakil Malaysia memberikan cabaran kompetitif dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa ini.
Bukan itu sahaja, bekas pelumba Formula 1 untuk pasukan Caterham dan Alfa Romeo Sauber, Marcus Ericsson turut mewarnai lagi perlumbaan Michelin 12 H Malaysia. Ericsson, yang kini berlumba di IndyCar Series, akan mengambil bahagian dalam perlumbaan 12 jam bersama #63 Leipert Motorsport yang dibarisi oleh adiknya Hampus dan rakan-rakan senegaranya Axel Bengtsson dan Thomas Karlsson bersama jentera Lamborghini Huracan GT3 Evo II.
Dengan debaran semakin memuncak dan ramai penyokong Ajith Kumar, Viper Niza Racing dan penyokong bekas pelumba Formula 1 mula membanjiri Sepang minggu ini, Michelin 12H Malaysia 2025 dijangka menjadi antara edisi paling meriah setakat ini.
Jangan tunggu lama tiket berbaki juga dijangka cepat habis!
Teruskan Bersama Four Wheels..!
#FourWheels#TWMedia#24hSeries#Michelin12HMalaysia#AjithKumar#ViperNizaRacing#SepangCircuit#FBLifestyle
Pautan untuk membeli tiket: https://shop.paylogic.com/1b455587116c4593859ef48b08d77b4c/
The post Michelin 12H Malaysia: Tiket Sabtu & Dua Hari Berserta Start Grid Habis Terjual, Kini Tiket Pengalaman VIP Pun SOLD OUT! appeared first on TW Media.
