Michelle letak jawatan susulan kekalahan skuad badminton wanita kepada Filipina

9 May 2023 • 8:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Michelle Chai secara sukarela menyerah serta menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Menerusi kenyataan dikeluarkan badan induk sukan itu, tindakan diambil Michelle berkait rapat susulan prestasi hambar skuad wanita negara yang tersingkir daripada saingan Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh, semalam.

“ABM turut ingin mengumumkan Pengarah Prestasi Tinggi ABM Dr Timothy John Jones dilepaskan daripada jawatannya berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan itu.

Tindakan BAM tersebut dibuat tidak sampai 24 jam selepas sidang media diadakan Michelle pada pagi tadi, yang mengakui bertanggungjawab di atas prestasi ditunjukkan skuad wanita berpasukan selain memberi bayangan untuk melepaskan jawatannya.

Michelle pada sidang media tersebut berkata kekalahan mengejut 0-3 di tangan skuad wanita Filipina pada aksi suku akhir di Dewan Badminton Morodok Techo, Stadium Nasional itu merupakan sesuatu kenyataan yang tidak boleh diterima dan memerlukan jalan penyelesaian barisan pengurusan dan kejurulatihan ABM.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved