Michelle Yeoh Bakal Jumpa Peminat Tanah Air 18 April Ini Di Pavilion, KL

Entertainment
8 Apr 2023 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tan Sri Michelle Yeoh bakal membuat penampilan sulung di tanah air selepas dinobatkan sebagai pelakon terbaik wanita di Anugerah Oscar baru-baru ini.

image is not available

Memetik sumber dari Utusan Malaysia, Tan Sri Michelle dijadualkan bakal bertemu peminatnya di Malaysia pada 18 April ini di Pavillion Kuala Lumpur.

Acara ramah mesra bersama peminat itu akan dilangsungkan pada jam 4 petang dan terbuka kepada umum.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu melakar sejarah selepas menjadi wanita Asia pertama memenangi anugerah pelakon wanita terbaik Anugerah Oscar yang diadakan di Hollywood, Mac lalu.

image is not available

Kemenangan itu dinilai menerusi lakonan hebat beliau dalam filem Everything Everywhere All At Once, yang turut memenangi filem terbaik dalam anugerah perfileman paling berprestij peringkat antarabangsa itu.

image is not available

Dalam ucapan Tan Sri Michelle semasa menerima anugerah itu, beliau berjanji akan membawa pulang trofi kemenangan itu ke Kuala Lumpur untuk diraikan bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Berkemungkinan besar, Tan Sri Michelle akan turut membawa trofi kemenangannya itu ketika bertemu peminat pada 18 April ini.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.