Mickey Ayo Beri Petunjuk Bersedia Mendirikan Rumah Tangga, Netizen Kaitkan Dengan Nora Danish – “8 September?”

EntertainmentLifestyle
6 Sep 2025 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jejaka yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Nora Danish, Mickey Ayo, sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat memberi bayangan seakan-akan sudah bersedia untuk berkahwin semula.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik sebuah jenama sampin, perunding kewangan itu berkongsi keyakinannya terhadap cinta walaupun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan.

Ujarnya,

Dua kali aku cuba, dua kali juga aku jatuh, tapi aku masih percaya cinta itu pasti wujud.

Dalam hantaran sama, Mickey turut tampil lengkap berbaju Melayu berwarna putih, menyerlahkan imej seperti seorang pengantin lelaki. Foto yang dikongsi itu menimbulkan pelbagai spekulasi apabila kapsyen yang ditulis seolah-olah menyatakan harapan agar perkahwinan kali ini menjadi yang terakhir dalam hidupnya.

Tulisnya lagi,

Ini bukan kali pertama aku sarung baju nikah, tapi aku harap kali ini jadi yang terakhir. Mungkin kali ini cinta bukan yang pertama, tapi biarlah yang terakhir.

Lebih menarik perhatian, terdapat juga gambar kad undangan perkahwinan yang memaparkan huruf M dan N dengan tarikh 8 September 2025. Hal ini terus menimbulkan spekulasi netizen bahawa huruf N merujuk kepada Nora Danish.

image is not available 2025-09-03 16:18:22

"3 Kali Salah Pilih" - Digosipkan Dengan Mickey Ayo, Netizen Tak Setuju Pilihan Pasangan Nora Danish?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved