'Mickey' Sah Sertai Selangor

23 Dec 2022 • 9:21 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohamad Faisal Abdul Halim atau ‘Mickey’ - Gambar Fail

SHAH ALAM - Pemain sayap kebangsaan, Mohamad Faisal Abdul Halim atau ‘Mickey’ sah menyertai skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam kenyataan melalui portal rasminya memaklumkan Mohamad Faisal, 24, merupakan pemain terbaharu ketiga dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu selepas Ahmad Khuzaimi Piee dan V. Ruventhiran.

Menerusi kenyataan yang sama, Mohamad Faisal berkata beliau mahu menjadi watak penting dalam pasukan merah kuning, selain memberikan yang terbaik bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan tersebut.

"Selangor FC adalah satu pasukan yang besar, semua orang mengenali dan ingin bermain untuk kelab ini. Alhamdulillah, saya sudah sampai ke laman Gergasi Merah kerana ini yang ditunggu-tunggu,” katanya. 

Sebelum ini, Mohamad Faisal pernah beraksi bersama skuad Penang FC dan Sri Pahang FC, seterusnya disunting Sang Penyu pada 2020 bagi menjadi tonggak utama skuad tersebut.

Prestasi baik pemain sayap itu membolehkan beliau dipanggil menganggotai pasukan utama Harimau Malaya pada 2019 dan menjadi pemain pilihan sehingga kini.

Semalam, Mohamad Faisal menjaringkan gol tunggal kemenangan untuk pasukan kebangsaan ketika menentang Myanmar (1-0) dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved