Micron Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran Memori 2GB GDDR7 Yang Digunakan Kad Grafik Kelas Pengguna

TechnologyDigital
23 Sep 2026 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Micron, salah satu syarikat pengeluar komponen memori utama global baru-baru ini dilaporkan akan ataupun telah menghentikan pengeluaran komponen memori 2GB GDDR7 yang secara lazimnya digunakan untuk membina kad grafik kelas pengguna.

Perkara ini dilaporkan oleh beberapa pihak yang mengatakan bahawa Micron telah menyenaraikan pengeluaran komponen cip 16Gb (gigabit) GDDR7 telah memasuki fasa End of Life atau penghujung hayat, yang bermakna bahawa kelak, mereka tidak lagi akan menghasilkan komponen ini. Komponen memori 16Gb ini secara lazimnya akan digabungkan untuk menghasilkan komponen memori 2GB GDDR7 yang kemudiannya akan dipasang ke banyak perkakasan-perkakasan lain, yang merupakan komponen penting untuk banyak binaan komponen perkomputeran pengguna.

Image from: Micron Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran Memori 2GB GDDR7 Yang Digunakan Kad Grafik Kelas Pengguna

Ini tidak bermakna bahawa Micron akan keluar dari industri pengeluaran komponen memori pengguna. Mereka juga menghasilkan cip 24Gb GDDR7 yang boleh digabungkan untuk menghasilkan komponen memori 3GB GDDR7. Keputusan yang dibuat ini mungkin adalah untuk membolehkan mereka menghasilkan komponen memori tersebut secara eksklusif untuk meningkatkan keuntungan syarikat, kerana ia juga dilaporkan bahawa komponen memori 3GB GDDR7 yang boleh digunakan untuk menghasilkan konfigurasi memori 12GB dan 24GB berbanding 8GB dan 16GB dengan komponen memori 2GB GDDR7.

Akan tetapi, keputusan ini dilihat masih lagi agak aneh kerana di pasaran sekarang, konfigurasi memori menggunakan komponen memori 2GB GDDR7 masih digunakan oleh syarikat-syarikat seperti Intel, AMD dan NVIDIA khususnya untuk kad-kad grafik mereka. Secara teknikalnya memori 3GB GDDR7 boleh digunakan untuk membina kad-kad grafik mereka, akan tetapi harga komponen tersebut yang dilaporkan jauh lebih mahal berbanding memori 2GB mungkin menjadi penghalang besar untuk syarikat-syarikat pengeluar kad grafik membelinya secara pukal.

Image from: Micron Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran Memori 2GB GDDR7 Yang Digunakan Kad Grafik Kelas Pengguna

Sekiranya ia benar bahawa Micron akan menghentikan pengeluaran cip 16Gb tersebut, ia bermakna bahawa hanya Samsung dan SK Hynix yang akan meneruskan pengeluaran komponen cip 2GB GDDR7, dan permintaan untuknya juga dijangka akan terus meningkat lagi kerana khususnya untuk siri kad grafik NVIDIA RTX 5000 yang hampir kesemuanya menggunakan pakej dengan asas komponen memori 2GB ini untuk konfigurasi memori 6GB, 8GB, 12GB dan 16GB pada kos yang lebih rendah.

NVIDIA turut menggunakan memori 3GB GDDR7 keluaran Micron, tetapi hanya untuk model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 untuk komputer riba dan juga pemecut AI NVIDIA RTX Pro 6000 Blackwell yang tampil dengan konfigurasi memori 96 GB GDDR7.

Sumber: VideoCardz

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved