Micron Menghasilkan SSD PCIe Gen6 Secara Besar-Besaran Untuk Kegunaan Pusat Data

TechnologyBusiness & Finance
16 Feb 2026 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam usaha Micron untuk menjadi pengeluar komponen storan dan memori pusat data yang tersohor, mereka telah mengumumkan pengeluaran besar-besaran untuk storan SSD terbaru mereka, iaitu Micron 9650 yang menyokong teknologi penghantaran data terbaru PCIe Gen6.

image is not available

Storan ini telah diperkenalkan oleh Micron pada pertengahan tahun lepas, dan kini telah akhirnya memasuki fasa pengeluaran secara besar-besaran oleh syarikat tersebut. Jumlah kapasiti yang ditawarkan belum diumumkan lagi, tetapi dari segi kelajuan pembacaan dan penulisan data, Micron 9650 ini jauh lebih pantas berbanding mana-mana penawaran storan SSD pengguna dan juga pusat data buat masa ini.

image is not available

Micron 9650 hadir dengan kelajuan pembacaan data setinggi 28GB/s, jauh melangkaui kadar pembacaan data 14GB/s pada storan SSD PCIe Gen5. Kelajuan penulisan data juga dilihat setinggi 14GB/s, lebih tinggi apabila dibandingkan dengan 10GB/s pada storan PCIe Gen5.

image is not available

Bukan itu sahaja, storan Micron 9650 juga hadir dengan kecekapan penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap, dan dalam industri pusat data dan AI, kecekapan tersebut adalah sama penting seperti prestasi pembacaan dan penulisan data storan.

Storan tersebut juga hadir dalam rekaan E1.S dan E3.S yang mana SSD dengan rekaan E1.S hadir dengan kebolehan untuk disejukkan menggunakan penyejukan cecair.