Microsoft Akan Memperlihatkan Kemaskini Kepada Ikonografi Bateri Sistem Operasi

TechnologyDigital
27 Jan 2025 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft baru-baru ini mengumumkan bahawa terdapat satu kemaskini baru yang akan diperlihatkan untuk para pengguna Windows 11 Insider Program mereka tidak lama lagi, iaitu penggunaan ikonografi baru untuk penunjuk jangka-hayat bateri.

Jika sebelum ini ikon bateri pada sistem operasi Windows 11 hanya memperlihatkan ikon bateri berwarna putih, melalui kemaskini Windows 11 Insider Preview Build 26120.3000 (KB5050103) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

image is not available

Melalui hantaran blog mereka, kemaskini ini akan memperlihatkan ikon bateri dengan tiga warna berbeza, iaitu hijau, kuning, merah dan hitam. Untuk ikon berwarna hijau, ia menandakan bahawa bateri komputer riba sedang dicas, manakala warna kuning meperlihatkan penggunaan dalam mod Energy Saver.

image is not available

Untuk merah pula menandakan bahawa bateri dalam tahap kritikal dan perlu dicas untuk terus menggunakan komputer riba. Ikon berwarna putih sebelum ini pula ditukar ke warna hitam untuk menandakan komputer riba sedang menggunakan kuasa bateri dan tidak berada pada tahap kritikal.

Selain daripada itu, dalam tetapan bateri komputer riba, Microsoft juga akan memberi pilihan untuk pengguna memperlihatkan peratusan bateri di sebelah ikon tersebut, dan ciri ini boleh diakses melalui tetapan bateri didalam menu Control Panel.