VLC merupakan salah satu pemain media yang popular pada sistem operasi Windows. Ia digunakan dalam menjalankan pelbagai format video, dan telah dimuat-turun lebih 6 bilion kali setakat ini.
Terbaru, pada acara CES 2025, pihak VLC turut mengambil peluang untuk mempertontonkan pembangunan baharu pada pemain media berkenaan, iaitu keupayaan menjana sarikata dalam bentuk masa-nyata. Pihak VLC sekadar mengatakan ia menggunakan model kecerdasan buatan sumber terbuka dan tidak menyatakan model yang mana.
Model ini dijalankan pada peranti pengguna, sekaligus boleh digunakan tanpa perlu mempunyai sambungan internet. Sarikata yang dijana dalam masa-nyata juga turut boleh diterjemah kepada bahasa pilihan pengguna melalui sokongan kecerdasan buatan.
Buat masa ini, pihak VLC masih belum berkongsi berkenaan bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna.
VLC automatic subtitles generation and translation based on local and open source AI models running on your machine working offline, and supporting numerous languages!
Demo can be found on our #CES2025 booth in Eureka Park. pic.twitter.com/UVmgT6K4ds

