Microsoft Akan Umum Produk Surface, Windows Dan AI Baharu Pada 20 Mei Ini

TechnologyDigital
19 Mar 2024 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini Microsoft akan mengumumkan laptop Windows AI pertama di mana peranti Windows generasi baharu akan mempunyai NPU untuk memproses tugasan kecerdasan buatan serta kekunci Copilot. The Verge baru-baru ini melaporkan yang Microsoft akan mengumumkan sesuatu pada 20 Mei akan datang.

image is not available

Acara ini tidak akan distrim tetapi khusus untuk wartawan yang dijemput untuk menyaksikan CEO Microsoft, Satya Nadella membentangkan visi kecerdasan buatan untuk perkakasan dan juga perisian. Antara produk yang dijangka akan diumumkan adalah Surface Pro 10, Surface Laptop 6 dan kemas kini Windows baharu dengan integrasi AI secara mendalam. Produk Surface dengan cip Snapdragon X Elite turut dijangka akan tiba. Produk lain dengan cip Intel dan AMD turut akan diperlihatkan kerana tahun ini adalah era komputer AI.

image is not available
#image_title

Untuk AI, Microsoft akan mengintegrasikan Copilot ke lebih banyak produk mereka. Seperti baru-baru ini, langganan Copilot RM98 sebulan boleh digunakan bersama Microsoft 365 dan kelak dengan OneDrive pula. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.