Microsoft Berjanji Meningkatkan Kualiti Windows 11 Selepas Dikritik Hebat Pengguna

TechnologyDigital
21 Mar 2026 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft menggariskan pelan besar untuk meningkatkan prestasi dan kualiti pengalaman pengguna Windows 11 sepanjang tahun ini. Ini dilakukan selepas pengguna mengkritik hebat pelbagai isu dengan Windwos 11 seperti kemas kini yang menyebabkan komputer gagal berfungsi, pengenalan ciri AI yang tidak diminta dan sistem operasi kurang lancar dengan masa pendam yang serius.

Microsoft akan menambahbaik pengalaman teras Windows seperti Taskbar kini boleh di mana-mana sahaja oleh pengguna. Saiz turut boleh diubah serta bahagian Recommended dalam menu Start lebih relevan.

image is not available

Copilot dalam Windows akan diintegrasikan secara lebih bermakna dan mempunyai fokus. Integrasi Copilot dalam aplikasi seperti Snipping Tool, Photos, Widgets, dan Notepad akan dikurangkan selepas ini. Widgets pula lebih senyap secara lalai bagi mengurangkan gangguan serta kawalan terhadap bila dan bagaimana Widgets muncul.

Prestasi WIndows 11 akan menjadi lebih pantas dan konsisten. Ini menerusi pengurangan penggunaan sumber oleh Windows, pelancaran aplikasi lebih pantas dan kecekapan penggunaan memori lebih baik. Pada File Explorer, pelancaran lebih cepat bersama dengan navigasi, carian, dan operasi fail.

Windows Update akan kurang memberikan gangguan dengan hanya satu reboot bulanan untuk kebanyakan pengguna. Tidak semua kemas kini selepas ini akan memerlukan komputer dimulakan semula. Semasa mengaktifkan komputer Windows 11 pula, pengguna akhirnya boleh memilih melangkau sepenuhnya proses kemas kini yang mengambil masa terlalu lama tidak seperti proses tetapan pertama macOS.

Ini adalah hanya sebahagian penambahbaikan yang akan dilakukan Microsoft tahun ini. Terdapat kemas kini untuk perisian pemandu, pengalaman Windows Insider dan cara memberikan maklum balas. Untuk senarai lebih lengkap sila ke pautan di bawah.