Microsoft Bing Menghadapi Masalah Untuk Diakses

TechnologyDigital
23 May 2024 • 11:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bing, enjin carian yang dimiliki oleh Microsoft kini menghadapi masalah untuk diakses, sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan khidmat enjin carian berkenaan. Sebab disebaliknya tidak diketahui lagi.

Disebabkan oleh ini juga, beberapa enjin carian lain seperti DuckDuckGo yang menggunakan Bing API turut terkesan – dan tidak boleh memaparkan sebarang hasil carian.

image is not available

Disamping itu, perkhidmatan seperti Microsoft Copilot juga terkesan dan tidak boleh diakses buat sementara. Namun, daripada percubaan kami ketika menulis artikel ini, ia telah kembali pulih.

Bagi anda yang menggunakan enjin carian seperti Bing atau DuckDuckGo, mungkin boleh menggunakan beberapa enjin carian alternatif buat masa ini sementara menantikan khidmat Bing kembali pulih.