Peranti OnePlus Akan Menerima Ciri AI Generatif Bermula Bulan Ini

TechnologyDigital
4 Apr 2024 • 10:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Banyak peranti keluaran China sekarang mula menawarkan ciri AI generatif yang menarik. Xiaomi dengan fokus kepada gambar dan peranti Internet benda (IoT), Infinix dengan Folax sebagai pembantu maya, Oppo dengan AndesGPT di China dan banyak lagi. Bermula bulan ini, OnePlus turut akan menyertakan ciri AI generatif pada peranti-peranti mereka.

Ciri ini dilihat mirip dengan apa yang Oppo akan berikan kepada Reno11 F bermula 10 April nanti iaitu AI Eraser. Dengan ciri ini objek di dalam gambar boleh dipadam dengan bantuan AI. Pengguna hanya perlu menandakan bahagian yang ingin dipadam dan sistem AI Eraser akan membuangnya secara automatik.

image is not available

Kinder Liu selaku presiden OnePlus memberitahu yang ini adalah langkah awal mereka dalam AI generatif dan akan datang lebih banyak ciri AI yang lain akan diintegrasikan ke dalam peranti OnePlus. OnePlus tidak mendedahkan model bahasa raya mereka, tetapi memandangkan mereka kini di bawah Oppo tidak terkejut jika OnePlus turut menggunakan AndesGPT. Buat masa ini, AI Eraser akan diberikan kepada peranti OnePlus 12, OnePlus 12R, OnePlus 11, OnePlus Open, dan OnePlus Nord CE 4. Ia boleh diakses terus dari aplikasi galeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved