Microsoft Copilot Pro Berharga RM98 Sebulan Di Malaysia

TechnologyDigital
15 Mar 2024 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Copilot Pro adalah chatbot AI yang lebih berkuasa berbanding Copilot percuma. Ia menggunakan model AI seperti GPT-4 Turbo untuk prestasi yang lebih pantas lebih-lebih lagi ketika waktu penggunaan puncak. Copilot Pro turut boleh digunakan bersama Microsoft 365, menerima 100 boost untuk Image Creator from Designer dan kelak boleh mengakses Copilot GPT Builder untuk membina chatbot peribadi.

Hari ini Copilot Pro sudah boleh dilanggan oleh pengguna Malaysia selepas hampir dua bulan ia diperkenalkan kepada pengguna terpilih. Harga langganan yang Microsoft kenakan adalah RM98 sebulan. Untuk melanggan, anda boleh lakukan pada aplikasi atau web. Tawaran sebulan percuma yang Microsoft nyatakan tidak kelihatan pada akaun saya buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved