Microsoft Dan OpenAI Mempunyai Perjanjian Penakrifan AGI Sebagai Apabila Menjana Keuntungan Sekurangnya $100 Bilion

TechnologyDigital
27 Dec 2024 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft sedia melakukan sejumlah pelaburan pada firma kecerdasan buatan, OpenAI – sekaligus memberikan mereka akses kepada model terkini, disamping mengintegrasikan penawaran OpenAI pada Bing dan juga CoPilot, disamping pelbagai produk Microsoft lain.

Walaubagaimanapun, dibawah perjanjian awal, kedua-dua pihak bersetuju yang Microsoft akan kehilangan akses teknologi terkini OpenAI apabila firma berkenaan mencapai fasa AGI. Fasa berkenaan diperdebatkan ramai, dan masing-masing mempunyai definisi berbeza.

Menariknya, mengikut laporan yang hadir hari ini, Microsoft dan OpenAI telah menandatangani perjanjian bersama pada tahun lepas, mengatakan fasa AGI dicapai apabila sistem AI yang menjana keuntungan $100 bilion dibangunkan.

Ini dilihat membuatkan mencapai fasa AGI tersebut adalah sangat jauh, apatah lagi dengan OpenAI yang masih mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun. Mengikut laporan sebelum ini, OpenAI mengatakan hanya akan mencapai fasa keuntungan menjelang 2029 kelak, dan untuk mencapai keuntungan $100 bilion mungkin mengambil masa bertahun-tahun lagi.