xAI Turut Akan Melancarkan Aplikasi Grok Tersendiri

TechnologyDigital
28 Nov 2024 • 3:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebanyakan perkhidmatan kecerdasan buatan generatif kini telah menawarkan aplikasi mereka yang tersendiri. OpenAI dengan ChatGPT, Google dengan Gemini, Microsoft dengan Copilot, Anthropic dengan Claude dan banyak lagi. Terbaru, xAI turut dilaporkan akan mempunyai aplikasi tersendiri.

image is not available

Aplikasi ini dikatakan adalah untuk memudahkan pengguna mengakses Grok dan tidak lagi terhad pada X sahaja. Penawaran aplikasi ini dikatakan adalah untuk mengembangkan lagi Grok agar boleh bersaing dengan perkhidmatan AI lain. Buat masa sekarang, Grok hanya boleh diakses melalui X jika anda melanggan pelan Premium atau Premium+. Mungkin penawaran akses percuma secara meluas nanti adalah melalui aplikasi ini? Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved